Wednesday, August 3, 2011

Speech for VIP Visit

IR. Chua Teik Seng

· Y Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Dif-dif Kehormat

Salam sejahtera dan selamat pagi.

Terlebih dahulu, saya mewakili semua warga Keat Hwa ini mengalu-alukan kehadiran semua jemputan ke sekolah ini.’Selamat datang dan salam 1 Malaysia’

Pada hari ini, kita berasa sugguh bertuah kerana orang nombor satu Negara iaitu Perdana Menteri yang kita sayangi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib ada bersama-sama kita. Untuk maklumat semua,pada tahun 1999 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah datang ke SMJK Keat Hwa ini sebagai Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Dalam lawatan tersebut, beliau telah berbesar hati mengumumkan penubuhan SMJK Keat Hwa II.

Kali ini Yang Amat Berhormat hadir ke sekolah ini untuk merasmikan Karnival Perayaan Ulang Tahun ke 100 Keat Hwa yang akan berjalan selama 3 hari mulai hari ini. Sehubungan dengan itu, bagi merayakan Keat Hwa 100 tahun, pelbagai acara telah dirancang.Antaranya ialah perarakan raksasa, pameran, konsert artis bekas pelajar Keat Hwa, jamuan mega dan pelbagai bentuk pertandingan yang menarik. Kami amat bersyukur kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Seri sudi datang untuk merasmikan Karnival Pameran pada pagi ini. Kedatangan Dato’ Seri menjadi satu sejarah dan kenangan yang tidak akan dilupakan oleh semua warga Keat Hwa. Sekali gus, kunjungan Dato’ Seri ini pasti akan menjadi satu suntikan motivasi dan iltizam kepada warga Keat Hwa untuk sentiasa memberi komitmen pada tahap yang maksimum demi merealisasikan visi dan misi sekolah ini muncul sebagai sekolah bertaraf dunia menjelang 2015.

Tuan-tuan dan puan-puan,kini Keat Hwa telah mencapai usia 100 tahun penubuhannya. Keat Hwa yang ditunjangi 6 buah alma mater iaitu SMJK Keat Hwa, SMJK Keat Hwa II, Sekolah Menengah Keat Hwa Persendirian, SJK(C) Keat Hwa H, Keat Hwa K dan Keat Hwa S telah bernaungan secara sepakat, seia dan sekata berkembang pesat di bawah nama Keat Hwa. Kini enrolmen pelajar telah melebihi 8000 orang. Sekolah-sekolah Keat Hwa adalah sekolah pilihan utama pelajar dan ibu bapa di bandar Alor Setar. Dua buah sekolah iaitu SMJK Keat Hwa dan SJK (C) Keat Hwa (H) telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Cemerlang. Pelajar sekolah Keat Hwa selalu mencapai keputusan yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Antaranya,pelajar sekolah Keat Hwa telah ditawar masuk ke university terkenal Cambridge, Oxford, Stanmford, MIT dan sebagainya. Ini bukan hanya menjadi kebanggaan sekolah sahaja bahkan kebanggaan itu dikongsi oleh semua ‘fracternity’ pendidikan Negara ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Malahan telah banyak kali pancaragam sekolah ini muncul sebagai johan kebangsaan dan pernah mewakili Malaysia untuk bertanding di pentas antarabangsa. Sesungguhnya, pencapaian ini adalah hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi yang kuat daripada Lembaga Pengelola sekolah, PIBG sekolah, pengurusan dan guru-guru sekolah serta seluruh warga Keat Hwa.

Jika diteliti, kejayaan cemerlang ini masih mampu dicapai meskipun sekolah mempunyai kemudahan prasarana yang kurang sempurna. We have 1st class students, teachers and management, but we only have 3rd class facilities. Even this morning. Sebagai tuan rumah, pihak kami juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan sebuah dewan yang sesuai untuk majlis sambutan Yang Amat Berhormat pada hari ini. Sebenarnya masyarakat cina tempatan, pihak lembaga pengelola dan PIBG sekolah telah banyak memberi sumbangan dan derma kepada sekolah-sekolah Keat Hwa untuk membina kemudahan-kemudahan infrastruktur supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam atmosfere kondusif ,sungguhpun masa tidak membenar saya senaraiakan projek-projek ini.

Namun demikian, kami masih memerlukan sebuah dewan serbaguna agar dapat menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat bagi menjalankan pelbagai aktiviti dengan mudah dan efektif. Sebagai sebuah sekolah Kluster Kecemerlangan, kami kekurangan satu tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kokurikulum ataupun persembahan , misalnya Hari Anugerah cemerlang yang dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.Dewan ini juga amat diperlukan untuk menjalankan peperiksaan awam seperti PMR, SPM dan STPM agar kelas-kelas dari tingkatan lain tidak perlu dihentikan semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Oleh itu, pihak sekolah telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk membina dewan baru ini yang dapat menampung kapasiti 1500 orang. Harapan kami ialah dapat menyediakan sebuah dewan yang sempurna untuk menyambut ketibaan Yang Amat Berhormat pada masa depan.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,sebenarnya impian membina dewan serbaguna ini ialah impian semua warga Keat Hwa sejak dahulu lagi. Tetapi, impian akan tetap tinggal impian sahaja tanpa sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya pihak Kerajaan Persekutuan memandangkan kos pembinaannya yang tinggi iaitu 7 juta ringgit. Justeru, kami memohon jasa baik daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri ini supaya dapat memberi peruntukan kewangan sebagai langkah sulung untuk merealisasikan impian semua warga sekolah ini menjadi reality. Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kelulusan dan sokongan sepenuhnya dalam urusan pindah milik tanah. Oleh itu, warga Keat Hwa amat berharap agar kerajaan persekutuan dapat memberi sumbangan untuk pembinaan dewan serbaguna itu.

Saya yakin, jasa baik dan keprihatinan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri akan dikenang selama-lamanya oleh semua warga Keat Hwa kini dan generasi masyarakat tempatan nanti setelah Dewan Serbaguna Keat Hwa ini siap dibina kelak dan kondusif digunakan oleh semua warga Keat Hwa bagi menjana transformasi pendidikan negara.

Yang Amat Berhormat, our centenary celebration was originally meant to be a family affairs among the 6 Keat Hwa schools. We have not expected a visit by a super VVIP this morning, we are pleasantly surprised and we are overwhelmed by your excellency visit. If in our conducting of this morning’s event, there is any inadvertent over sight from our part, we apologize and ask for your magnanimity to forgive us. Enjoy your walk about in Keat Hwa.

Sekian, terima kasih.